Saturday 1 December 2012

kahwin muda !

fuhh , peace yo . assalammualaikum .
di petang yang  gelap lagi menyejukkan sendi sendi yang tegak berdiri nie .
aku nak cerita sikit pasal kawan aku yang bertanyakan pendapat aku tentang cadangan
bakal mak mentua dia yang excited nak menyatukan dia dengan bf dia .
okey now aku nak tanya kat korang pulak  , apa pendapat korang ?

bila orang betanyakan aku tentang pendapat nie , aku lebih cenderung untuk menjawab dan berfikir
tentang masa hadapan . yela kan kita hidup bukan untuk pergi ke belakang ,
tapi buat sesuatu untuk kebaikan dimasa hadapan right ?
that why aku nasihatkan kawan aku tu untuk fikir baik buruk bila dia nak angguk tentang cadangan nak kahwin muda nie , sebenarnya dia bukan la kawan biasa tapi dia merangkap anak buah aku , umur kita orang sebaya okey ** maksue muda okey** . haha

tapi bila difikirkan best jugakan dapat kahwin awal .
yeahh tibe tibe gatal ulat bulu datang .











\
copp ! berbalik pada tajuk kita tadi , bila difikirkan dari segi positif pulak .
aku rasa batter dorang kahwin kan , dari jadi buah mulut orang .
memang kita tahu apa yang kita buat , kita rasa kita tak buat salah .
tapi pada mata orang lain kita tak tahu kan .
yela korang pun tahu kan . sekarang nie macam macam kes remaja bermasalah .













fuhhh , susah juga nak buat keputusan nie .
apa apa pun " tepuk dada tanya iman ."
cinta tak bawa ke mana . tapi iman insyaAllah bahagia selamanya :)
apa pendapat korang ?

XOXO N


Tuesday 27 November 2012

i'm give up .

hurmm , aku dah tak mampu bertahan .
aku dah cuba nak baiki hubungan nie . tapi dia....
dia macam dah tak berminat nak meneruskan hubungan nie .
seriously aku sedih dengan semua nie , tapi apa je yang aku boleh buat
kalau dia dah tak berminat nak terus kan .
aku dah usaha jumpe dia nak baiki kekeruhan hubungan nie
tapi dia macam nak tak nak je cakap , sampai lidah aku kelu nak bersuara
kemana semua kekuatan yang aku kumpul sebelum jumpe dia ?
mungkin ke ini pertunjuk Allah yang aku harus cuba melupakan dia ?
aku mesti kuat , sekuat dia melupakan orang yang pernah dia sayang dulu .
membiarkan dia bahagia dengan orang yang boleh buat dia tersenyum seperti aku dulu ,
yang selalu mengukir senyuman di wajahnya . XOXO :'(

Wednesday 21 November 2012

Fuhhh , setelah lama menyepi !

assalamualaikum , hai pembaca pembaca setia . 
Opsss tutup mulut sikit . Jangan tunjuk sangat yang korang sangat teruja tengok aku update blog nie kan .
Aku tahu yang korang ternantikan dan rindukan enter aku .
Dah lama aku tak menekan QWERTYUIOP nie kan .Seriouly miss , muahhh kat dahi :) 
Sorry ! Sejak aku bergiat dengan dunia POLI nie aku takde masa nak tekan tekan kau sayang  . 
Hari hari aku di temani dengan assignment, lab report dan sewaktu dengannye .
Dekat sini aku  rasa macam takde life .
Kalau dulu aku nak sangat jejak kaki kat poli Port Dickson nie kononnya dekat dengan MR . CRUSH tapi sekarangg ? ..
Hrmmm , aku rasa lebih baik aku jauh dengan MR .CRUSH tu supaya aku sedar yang dia tak mungkin ada masa nak jumpe aku walau pun jarak antara aku dengan dia hanya seinci . 
Takpe , seperti yang dia cakapkan aku yang dia kenal dulu seorang yang kuat , aku harap aku yang sekarang lebih kuat dari yang dia kenal dulu . Biar pun dalam hati aku ini sangat sangat la rindukan dia .
Korang doakan aku menjadi insan yang kuat seperti dia dan aku harapkan ye . X0X0 N

Monday 10 September 2012

PANTAI PORT DICKSON .



okey ! pandang gambar nie , apa yang anda nampak ? haha .
nampak budak comel kan . ^^.  untuk pengetahuan korang , nie first time aku pergi pantai dengan kawan kawan . biasa la budak budak poli dah frust menonggeng mane lagi nak di tuju . Ke pantai la kami beramai ramai terjerit terlolong , melepaskan semua yang terpendam pergi bersama angin pantai . cyehh ayat bomm bamm stekk aku dah keluar kan . *ada kau kisahhh ? hahah . okey bye :)

Friday 7 September 2012

KEKAL SAMPAI BILA - BILA :')

Keliru ! yeahh aku keliru dengan semua yang terjadi  . Masihkah aku diperlukan dalam hidup abang  sebagai adik ? jujur aku katakan tidak pernah sekali pun terniat kat hati aku untuk memutuskan hubungan yang telah lama terjalin walaupun hati aku sering terluka . Tapi mesej yang dihantar malam tu membuatkan hati aku sering tertanya -tanya "tidak penting lagi ke aku bagi abang , sehingga sanggup abang menyuruh aku menjauhinya " Tahukah dia yang aku sangat memerlukan dia disaat aku bersedih ? Memang aku akui aku jarang berkongsi masalah dengannya ,  tapi dengan hanya mendengar gelak tawa , gurau sendanya saja mampu membuatkan aku tersenyum . Sehari tak call or mesej aku rasa macam kosong kosong kosong--' . bukan aku tak pernah cuba untuk tak berhubung dengan abang . Tapi tiap kali aku cuba , perasaan rindu  tu mesti datang berlumba-lumba dalam hati aku nie . "kenapa aku rindu ? " *tolong bagi aku jawapan untuk soalan nie * aku berharap sangat hubungan aku dan abang akan kekal sebagai adik dan abang sampai bila-bila . Aku mengharapkan abang juga menyimpan harapan yang sama seperti yang  aku harapkan :')
to :. important person


Thursday 16 August 2012

kawan :)

sedih , hanya itu saja yang aku dapat cakap . tak sangka dua tahun setengah pengenalan kita kau masih tidak kenal siapa aku  . apa salah aku ? sampai kau sanggup tuduh aku macam tu  . kecewa ! yaa aku kecewa dengan kau kawan . aku kecewa dengan tuduhan yang kau lemparkan pada aku . aku dapat rasa yang kau tidak lagi seperti kawan yang aku kenal dulu , ya kawan yang aku panggil sahabat sampai ke mati  dulu . kau dah banyak berubah . kenapa ? sebab kau dah ada kawan baru ?  kawan yang boleh membuat kau tersenyum dan lebih bahagia ? semoga kau bahagia kawan . satu aku nak cakap . walau kau tiada waktu aku susah , aku nak kau tahu aku sentiasa ada untuk kau bila kau susah atau senang .

love this moment :')

SEKIAN !


Wednesday 8 August 2012

ALHAMDULILLAH

ALLHAMDULILLAH ! terima kasih ya Allah , kau masih memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan diatas bumi Mu ini ,
hari ini genap 18 tahu aku berpijak di bumi yang Engkau pinjamkan kepadaku , mencari dan mengumpul amal untuk aku bawa bersama menghadapmu kelah . ya Allah aku memohon kepada Mu , kau jadikanlah aku antara hamba hamba mu yang tabah mengharungi dugaan dari Mu , dan Engkau tetapkan la iman ku untuk sentiasa berada di jalan kebenaran Mu ya Allah . ya Allah , kau jadikan la anak yang solehah kepada kedua ibu bapaku . Amin

Sunday 29 July 2012

MAAFKAN AKU KERANA MENCINTAIMU

Aku tidak pernah meminta perasaan ini hadir dalam hati aku ,
 tidak pernah menduga cinta ini hadir untuk dia 
yang selama ini aku anggap orang yang  akan melindungi aku .
namum aku tidak berdaya untuk menolak gelora jiwa ini ,
aku akui aku mampu hidup tanpa dia .tapi aku tidak mengimpikan kehidupan sebegini , kehidupan tanpa dia .
insan yang sangat aku sayangi .
kehidupan yang kosong tanpa dia di sisi .
 aku sedar aku tidak mungkin memiliki dia ,
aku tahu hati dia milik orang lain.
tapi aku berjanji aku akan mencintai dia sehingga dia sah menjadi pasangan yang dia pilih , saat itu aku akan membawa semua perasaan sayang aku terhadapnya pergi .
 aku nak dia tahu aku bangga dapat mencintai dia walaupun aku tidak dapat memiliki dia . biar apa pun yang dia ingin katakan ,
yang ingin dia tafsirkan , aku tidak perduli kerana cinta ini hadir bukan rekaan aku .
hakikatnya cinta hadir kerana Allah memberi rasa ini untuk aku . maafkan aku kerana mencintai kau dalam diam :(




SEKIAN !

Tuesday 17 July 2012

MERINDU DALAM DIAM :(

  kau kuatkan la hati ini ya Allah supaya aku sentiasa redha dengan kehendak Mu .
 Aku sangat merinduinya ya Allah , perasaan ini seakan menyiksa jiwa ku .
 rindu ini membuatkan aku sering merasa sedih .
 sesungguhnaya aku sangat menyayangi dirinya . 
tiap kali aku mengingatinya jantung ini berdenyut laju seakan ada satu perasaan yang tak mampu ku ungkap dengan kata kata .
 adakah ini perasaan cinta ? 
adakah dia juga merasa seperti apa yang aku rasa Ya Allah ?
 andai dia Engkau jadikan untuk ku dekatkan la hati kami ya Allah , andai dia bukan untuk ku damaikan lah hati kami . AMIN :(

SEKIAN !

Sunday 15 July 2012

POLITEKNIK PORT DICKSON .

ehemm , wei i'm student now . haha ( gelak sopan )
kat sini roomate peting wei takde roomate bermalam sendiri aku . haha
roomate aku orang johor wei . haha ANNE manja je nama dia kan tapi spoile la dia tak sama kos dengan aku . kehidupan kat poli seminggu nie so far so good la , sebab roomate aku sekepale .
hohohoo ,esok first class at poly wei . dup dap jantung aku .
dah la bangunan kelas aku tak tahu kat mana . hope esok berjalan dengan lancar .
amin .

SEKIAN ! 

Friday 6 July 2012

Tenangkan Hati Ini Ya Allah

kenapa susah sangat nak ungkap perasaan nie dengan kata kata .
kenapa aku tak boleh nak menerima kenyataan ?
kenapa kau berikan perasaan cinta ini Ya Allah .
kenapa perasaan cinta ini terbit untuknya Ya Allah ?
sesungguhnya aku tak kuat untuk mengharungi dugaan Mu kali ini Ya Allah
 perasaan cinta ini seperti menyeksaan diriku sendiri .
 tabahkan hatiku  ini ya Allah .


aku mohon apa Mu ya Allah .
andai dia untuk ku dekatkan la hati kami ya Allah , 
andai dia bukan untuk ku damaikan lah hati kami .
aku redha dengan ketentuan Mu ya Allah .

SEKIAN !



Thursday 5 July 2012

8 Jam Dalam Mimpi :(

hrmm , i want to cry ! i want to cry ! .
wei , takde siapa nak teman aku pergi tengok wayang ke ?.
ayolahhh tak kan nak pergi tengok sorang sorang kot 
duduk sorang dalam panggung sambil nyanyi lagi 'temenug ku sendiri '
memang tak la kan .
hrmm kempunan la aku nak tengok wayang sebelum masok poli minggu depan .
apakan daya rezeki tiada .
*kesat air mata sikit :'(
kawan kawan semua dah masok belajar , ajak abang dia pulak takde duit .
nak belanja malu malu katak pulak dia .
adohhh . sesak nafas aku dibuat er .
nampaknya menontong cerita 8 JAM dalam mimpi jela :(
SEKIAN !



Tuesday 3 July 2012

Dia Yang Membuat Aku Tersenyum Dan Menangis :')

ehem , guy !
this is deadly , and serious entry , tolong menangis di penghujung entry okey :)
nak tulis entry tangkap leleh hari ini , haha *ketawa palsu*
sediakan kotak tisu di sisi :)

Entah apa yang ada dalam fikiraan dia  mengenai diri aku kan .
if jarang berjumpa , dia selalu membuat aku tersenyum sendiri saat mendengar suaranya . Setiap tutur kata yang dia ucap, seakan-akan dirinya hadir untuk memberi semangat untuk aku meneruskan setiap langkah hidup aku. Tapi disisi lain, kadang-kadang dirinya membuat air mata aku menitis . Apakah dia tau, bagaimana perasaan aku disaat sikapnya seperti itu? Hatiku hancur dan kadang-kadang merasa seperti tidak dihargai.
redha saja :) 
*dushh dushh tumbuk dia , ehh tumbuk dekat gambar je :P
ehh ! touching habis nie , meleleh hingus.
nahh ambik tisu kesat air mata mu itu , haha . 

SEKIAN !

Friday 29 June 2012

stress !

haii :)
stress sangat dah dekat dekat nak sambung stady nie .
kadang kadang rasa macam takde semangat je nak pergi ,
dengan masalah borang PTPTN, susah la bila takde adik beradik yang pernah buat pinjaman PTPTN nie ,
yang ada  , lupa pulak ayoolahh abang .
nasib la ada kawan yang ingat kan online PTPTN tu last esok .
kalau tak memang tak berduit la nak pergi poli .
pagi tadi dah tercegat depan bank buat buku bank islam , lepas tu terus online PTPTN.
tapi kepala nie masih pening , selagi tak berdaftar masuk selagi tu la pening .
kadang kadang sebab tetekan sangat sampai terkasar cakap dengan mak :(
maafkan adik mak , sedihnya ! takde niat pun nak kurang ajar :'(
moga proses lepas nie berjalan dengan lancar .

SEKIAN !

Monday 11 June 2012

HAPPY BIRTHDAY AYAH :o

11.JUN.2012
genab 49 tahun umur ayah saya .
happy birthday to my beloved father .
moga ayah dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur :)
SEKIAN !

Thursday 7 June 2012

Mengapa wanita sering menangis ya Allah ?



JawabNya:-

Kerana wanita itu unik
Aku ciptakan ia sebagai makhluk yang unik.
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun.
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangiwalau dikhianati oleh orang-orang yang ia sayangi.
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis,itu kerana Aku memberi dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru
  ustaz azhar idrus :) 
SEKIAN !

Saturday 2 June 2012

OHH PERASAN .

pagi nie aku nak kongsi sikit ,
aku tak tahu la kenapa sejak dua menjak nie 
aku rasa macam ada yang tak kene je ,
mood sedih macam menguasai diri dah aku rasa . 
kadang kadang tengah gelak gelak tibe tibe rasa sedih .
lagi lagi kalau mesej or call dia .
"dulu lain sekarang lain"
mungkin sebab tu la ,
"tiada lagi ucapan 'selamat malam' kat phone
mungkin sebab aku nie tak berapa nak penting kan :')
habis pulak kredit nak wish tiap malam !
"kalau dulu selalu , sekarang jarang jarang , mungkin nanti .."
ishh , perasaan kan . tu la yang susah bila dah 
"menanti mereka yang tidak pasti"
lagi sakit bila kita 
"sayang orang yang menyayangi orang lain"
walau bagaimana pun
"saya akan cuba untuk tersenyum , walaupun hati saya terluka "
satu lagi perangai  sendiri yang selalu buat aku sedih
"saya suke bertanya ! bila dia cerita saya pasti terluka "
arghhh , cano nie er ?
tapi ALLHAMDULILLAH
lepas je aku tengok wall post yang berguna kat FACEBOOK 
aku rasa aku semakin tenang :O

kalau korang yang kat luar sana yang tengah kecewa menonggeng  tu ,
cube korang amalkan doa nie .
serius sangat berkesan aku rasa :)
dan sekarang aku rasa lebih tenang and baru tahu
"susah nak jaga hati semua orang:') 
nahh! ambik hati korang masing masing , jaga sendiri :D "

SEKIAN!

Saturday 12 May 2012

TEKAK SEMAKIN KRONIK !

okey ! pagi yang suam-suam sejuk nie
aku nak cerita penderitan aku menahan sakit ,
akibat  tekak luka or apa masalah er pun aku tak tahu la.

Dalam banyak-banyak sakit yang aku kene sepanjang 17 tahun setangah nie,
sakit tekak kali nie betul-betul buat aku jadi gile !
kalau makan or minum tu,
perghhhh ! dia punye gatal tak dapek eden nak koba dengan kato-kato
haha ! (keluar nogori semilan eden)
Allah je yang tahu !
Aku rasa macam nak keluarkan tekak tu garu puas-puas.
 okey ! itu kira okey lagi !paling-paling tak boleh blaaa.
sakit waktu malam,sampai nak tidur pun tak boleh,
sakit tekak punya pasal,gatal dia gila-gila punya.

Dah macam-macam petua aku guna still tak hilang sakit tekak nie,
makin sakit lagi ada kau tengok .
Minum air asam jawa,makan ubat,strepsils dua paket dah aku kunyah.
nampaknye tidak memberi sebarang kesan yang baik untuk tekak aku,
lagi menyakitkan ada.
kepada siapa-siapa yang ada petua yang betul-betul boleh membantu
share la dengan aku nie ar !

SEKIAN !



Wednesday 4 April 2012

MUKA CANTIK,PERANGAI PUN KASI CANTIK MACAM MUKE OKEY!

PERHATIAN!
hari ni aku nak membebel pasal perempuan yang muke cantik tapi perangai tak secantik muke!
arghhhh~ geram betul aku dengan sorang MINAH yang bajet good2!
kisah pulak aku kau nak REMOVE aku dari BBM.
okey! nak bagi tahu kau okey PEREMPUAN>>aku tak mati tak chat kau la deeee<<
cantik kan? tapi sayang perangai macam sakai:)
tu nasib aku tutup mata,kalau tak ramai yang cair:)
muahhhxx kat dahi luas akak
ipar tak jadi. 
puihhhhh;p

P/S:BUKAN NAK MEMALUKAN,JUST NAK JADIKAN PENGAJARAN KEPADA AWEK-AWEK YANG MUKE CANTIK KAT LUAR SANA:)

SEKIAN!.

Followers