Sunday 29 July 2012

MAAFKAN AKU KERANA MENCINTAIMU

Aku tidak pernah meminta perasaan ini hadir dalam hati aku ,
 tidak pernah menduga cinta ini hadir untuk dia 
yang selama ini aku anggap orang yang  akan melindungi aku .
namum aku tidak berdaya untuk menolak gelora jiwa ini ,
aku akui aku mampu hidup tanpa dia .tapi aku tidak mengimpikan kehidupan sebegini , kehidupan tanpa dia .
insan yang sangat aku sayangi .
kehidupan yang kosong tanpa dia di sisi .
 aku sedar aku tidak mungkin memiliki dia ,
aku tahu hati dia milik orang lain.
tapi aku berjanji aku akan mencintai dia sehingga dia sah menjadi pasangan yang dia pilih , saat itu aku akan membawa semua perasaan sayang aku terhadapnya pergi .
 aku nak dia tahu aku bangga dapat mencintai dia walaupun aku tidak dapat memiliki dia . biar apa pun yang dia ingin katakan ,
yang ingin dia tafsirkan , aku tidak perduli kerana cinta ini hadir bukan rekaan aku .
hakikatnya cinta hadir kerana Allah memberi rasa ini untuk aku . maafkan aku kerana mencintai kau dalam diam :(




SEKIAN !

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan comment anda:)
satu pun jadi la-!

Followers