hurmm , aku dah tak mampu bertahan .
aku dah cuba nak baiki hubungan nie . tapi dia....
dia macam dah tak berminat nak meneruskan hubungan nie .
seriously aku sedih dengan semua nie , tapi apa je yang aku boleh buat
kalau dia dah tak berminat nak terus kan .
aku dah usaha jumpe dia nak baiki kekeruhan hubungan nie
tapi dia macam nak tak nak je cakap , sampai lidah aku kelu nak bersuara
kemana semua kekuatan yang aku kumpul sebelum jumpe dia ?
mungkin ke ini pertunjuk Allah yang aku harus cuba melupakan dia ?
aku mesti kuat , sekuat dia melupakan orang yang pernah dia sayang dulu .
membiarkan dia bahagia dengan orang yang boleh buat dia tersenyum seperti aku dulu ,
yang selalu mengukir senyuman di wajahnya . XOXO :'(
Tuesday, 27 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
Fuhhh , setelah lama menyepi !
assalamualaikum , hai pembaca pembaca setia .
Opsss tutup mulut sikit . Jangan tunjuk sangat yang korang sangat teruja tengok aku update blog nie kan .
Aku tahu yang korang ternantikan dan rindukan enter aku .
Dah lama aku tak menekan QWERTYUIOP nie kan .Seriouly miss , muahhh kat dahi :)
Sorry ! Sejak aku bergiat dengan dunia POLI nie aku takde masa nak tekan tekan kau sayang .
Hari hari aku di temani dengan assignment, lab report dan sewaktu dengannye .
Dekat sini aku rasa macam takde life .
Kalau dulu aku nak sangat jejak kaki kat poli Port Dickson nie kononnya dekat dengan MR . CRUSH tapi sekarangg ? ..
Hrmmm , aku rasa lebih baik aku jauh dengan MR .CRUSH tu supaya aku sedar yang dia tak mungkin ada masa nak jumpe aku walau pun jarak antara aku dengan dia hanya seinci .
Takpe , seperti yang dia cakapkan aku yang dia kenal dulu seorang yang kuat , aku harap aku yang sekarang lebih kuat dari yang dia kenal dulu . Biar pun dalam hati aku ini sangat sangat la rindukan dia .
Korang doakan aku menjadi insan yang kuat seperti dia dan aku harapkan ye . X0X0 N
Monday, 10 September 2012
PANTAI PORT DICKSON .
okey ! pandang gambar nie , apa yang anda nampak ? haha .
nampak budak comel kan . ^^. untuk pengetahuan korang , nie first time aku pergi pantai dengan kawan kawan . biasa la budak budak poli dah frust menonggeng mane lagi nak di tuju . Ke pantai la kami beramai ramai terjerit terlolong , melepaskan semua yang terpendam pergi bersama angin pantai . cyehh ayat bomm bamm stekk aku dah keluar kan . *ada kau kisahhh ? hahah . okey bye :)
Friday, 7 September 2012
KEKAL SAMPAI BILA - BILA :')
Keliru ! yeahh aku keliru dengan semua yang terjadi . Masihkah aku diperlukan dalam hidup abang sebagai adik ? jujur aku katakan tidak pernah sekali pun terniat kat hati aku untuk memutuskan hubungan yang telah lama terjalin walaupun hati aku sering terluka . Tapi mesej yang dihantar malam tu membuatkan hati aku sering tertanya -tanya "tidak penting lagi ke aku bagi abang , sehingga sanggup abang menyuruh aku menjauhinya " Tahukah dia yang aku sangat memerlukan dia disaat aku bersedih ? Memang aku akui aku jarang berkongsi masalah dengannya , tapi dengan hanya mendengar gelak tawa , gurau sendanya saja mampu membuatkan aku tersenyum . Sehari tak call or mesej aku rasa macam kosong kosong kosong--' . bukan aku tak pernah cuba untuk tak berhubung dengan abang . Tapi tiap kali aku cuba , perasaan rindu tu mesti datang berlumba-lumba dalam hati aku nie . "kenapa aku rindu ? " *tolong bagi aku jawapan untuk soalan nie * aku berharap sangat hubungan aku dan abang akan kekal sebagai adik dan abang sampai bila-bila . Aku mengharapkan abang juga menyimpan harapan yang sama seperti yang aku harapkan :')
to :. important person
Thursday, 16 August 2012
kawan :)
sedih , hanya itu saja yang aku dapat cakap . tak sangka dua tahun setengah pengenalan kita kau masih tidak kenal siapa aku . apa salah aku ? sampai kau sanggup tuduh aku macam tu . kecewa ! yaa aku kecewa dengan kau kawan . aku kecewa dengan tuduhan yang kau lemparkan pada aku . aku dapat rasa yang kau tidak lagi seperti kawan yang aku kenal dulu , ya kawan yang aku panggil sahabat sampai ke mati dulu . kau dah banyak berubah . kenapa ? sebab kau dah ada kawan baru ? kawan yang boleh membuat kau tersenyum dan lebih bahagia ? semoga kau bahagia kawan . satu aku nak cakap . walau kau tiada waktu aku susah , aku nak kau tahu aku sentiasa ada untuk kau bila kau susah atau senang .
love this moment :')
SEKIAN !
Wednesday, 8 August 2012
ALHAMDULILLAH
ALLHAMDULILLAH ! terima kasih ya Allah , kau masih memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan diatas bumi Mu ini ,
hari ini genap 18 tahu aku berpijak di bumi yang Engkau pinjamkan kepadaku , mencari dan mengumpul amal untuk aku bawa bersama menghadapmu kelah . ya Allah aku memohon kepada Mu , kau jadikanlah aku antara hamba hamba mu yang tabah mengharungi dugaan dari Mu , dan Engkau tetapkan la iman ku untuk sentiasa berada di jalan kebenaran Mu ya Allah . ya Allah , kau jadikan la anak yang solehah kepada kedua ibu bapaku . Amin
Sunday, 29 July 2012
MAAFKAN AKU KERANA MENCINTAIMU
Aku tidak pernah meminta perasaan ini hadir dalam hati aku ,
tidak pernah menduga cinta ini hadir untuk dia
yang selama ini aku anggap orang yang akan melindungi aku .
namum aku tidak berdaya untuk menolak gelora jiwa ini ,
aku akui aku mampu hidup tanpa dia .tapi aku tidak mengimpikan kehidupan sebegini , kehidupan tanpa dia .
insan yang sangat aku sayangi .
kehidupan yang kosong tanpa dia di sisi .
aku sedar aku tidak mungkin memiliki dia ,
aku tahu hati dia milik orang lain.
tapi aku berjanji aku akan mencintai dia sehingga dia sah menjadi pasangan yang dia pilih , saat itu aku akan membawa semua perasaan sayang aku terhadapnya pergi .
aku nak dia tahu aku bangga dapat mencintai dia walaupun aku tidak dapat memiliki dia . biar apa pun yang dia ingin katakan ,
yang ingin dia tafsirkan , aku tidak perduli kerana cinta ini hadir bukan rekaan aku .
hakikatnya cinta hadir kerana Allah memberi rasa ini untuk aku . maafkan aku kerana mencintai kau dalam diam :(
SEKIAN !
Subscribe to:
Posts (Atom)




